Friday, June 19, 2009

koleksi ikan air tawar







Selamat Datang ke Blog KHB (PTN)

Salam & Selamat Sejahtera...
Sekadar berkongsi maklumat untuk kerja kursus
pelajar subjek KHB(PTN) Tingkatan 2.


Ingin mengetahui keterangan, foto nama sainstifik ikan air tawar,
sila klik alamat berikut :

http://www.geocities.com/sueri96/Ikanairtawar.html
http://imeanenterprise.wordpress.com/2008/05/26/senarai-nama-saintifik-ikan-air-tawar/


Resepi Ikan Air Tawar (Ikan Masak Lempeng)
Bahan A
2 ekor ikan lampam/jelawat (ikan air tawar)
3 daun pisang lebar untuk lapik kuali
½ cawan minyak masak
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
30 cili api - tumbuk halus
3 bawang merah - tumbuk halus
1 inci kunyit - tumbuk halus
Bahan B
1 serai - hiris
1 daun kunyit - hiris
3 bawang merah - hiris
2 bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu serbuk kari ikan
2 asam keping garam, gula
Cara Membuat :
Tuang minyak masak dalam kuali tebal. Lapikkan kuali dengan daun pisang lebar yang boleh menampung gulai tanpa terkeluar dari daun pisang. Tumbuk cili api, bawang merah dan kunyit hidup hingga lumat. Letak ikan atas daun dan gaulkan dengan pes cili api. Perap lima minit. Tuang santan atas ikan. Tabur bahan B dalam gulai dan masak atas api sederhana. Balik-balikkan ikan dan masak hingga kuah pekat dan hampir kering dan ikan garing kulitnya. Berhati-hati agar gulai tidak terkeluar dari daun pisang semasa memasak.